Ditelan mati emak,
diluahkan mati bapa.
|
Susah memilih
kerana kedua-dua pilihan sama penting.
|
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di
tengah-tengah.
|
Orang besar-besar
berselisih, rakyat yang menderita.
|
Guruh tak berbunyi,
malang tak berbau.
|
Kemalangan berlaku
tanpa diketahui terlebih dahulu.
|
Harapkan pagar, pagar makan padi.
|
Percaya akan orang
yang mengkhianati kita.
|
Kalah jadi abu,
menang jadi arang.
|
Kedua-dua pihak
yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian tidak kira siapa yang menang
atau siapa yang kalah. Kedua-duanya hangus.
|
Sepandai-pandai
tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
|
Orang yang pandai
akan melakukan kesalahan sesekali. Kalau orang itu pandai melakukan jenayah,
sekali jatuh pun cukuplah susah.
|
Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.
|
Bekerjasama dan
saling menolong.
|
Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.
|
Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga.
|
Biar putih tulang,
jangan putih mata.
|
Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu.
|
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
|
Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya.
|
Genggam bara api, biar sampai jadi arang.
|
Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga
berjaya.
|
Jika tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
|
Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa
berusaha.
|
Takut kerana salah, berani kerana benar.
|
Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya
jika benar, berasa berani.
|
Buang yang keruh,
ambil yang jernih.
|
Buang yang jahat,
ambil yang baik.
|
Buat baik
berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
|
Lakukan kerja yang
baik biarlah ada batasnya tetapi jangan melakukan kejahatan.
|
Hancur badan
dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
|
Budi baik dikenang
walaupun orangnya sudah mati.
|
Ikut resmi padi,
semakin berisi semakin tunduk.
|
Semakin banyak
wang/ilmu, orang itu semakin merendahkan diri.
|
Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia
dipegang pada janjinya.
|
Janji mesti
ditepati.
|
Kecil tapak tangan,
nyiru kami tadahkan.
|
Menunjukkan
kesyukuran atas pemberian kepada kita.
|
Orang haus diberi
air, orang lapar diberi nasi.
|
Mendapat sesuatu
yang diingini.
|
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke
pangkal lengan
|
Kalau
sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya
|
Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati
kehausan
|
Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji
besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara
yang kaya dan makmur.
|
Bagaimana
acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya
|
Perangai anak biasanya mengikut orang yang
mengasuhnya.
|
Baik
membawa resmi padi daripada resmi lalang
|
Tidak sombong; rendah diri.
|
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
|
Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
tercapai.
|
Belum duduk sudah berlunjur
|
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki,
sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.
|
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
|
Betapa berat kita melihat kesusahan yang
dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang
menanggungnya.
|
Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak
|
Sementara
menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.
|
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
|
Lebih baik menarik diri terlebih dahulu
sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.
|
Biar mati anak jangan mati adat
|
Adat yang tidak boleh dilanggar.
|
Biar putih tulang jangan putih mata
|
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
|
Carik-carik
bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga
|
Perselisihan
faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan
berbaik semula.
|
Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat
|
Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik
daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
|
Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah
dianduh
|
Memberi pertolongan kepada orang-orang di
dalam kesusahan.
|
Dimana
ada kemahuan, disitu ada jalan
|
Seseorang
yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.
|
Genggam
bara api biar sampai jadi arang
|
Membuat
sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.
|
Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati
meninggalkan nama
|
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat
meninggalkan nama jahat.
Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan
budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.
|
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak
belajar memanjat dapatkan tupai
|
Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah
kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu.
|
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
|
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
|
Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
|
Tidak
ada kebebasan atau kemerdekaan.
Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis
itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.
|
Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika
tidak dibakar tidak akan berbau
|
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang
lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.
|
Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang
rendah
|
Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan
sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian meninggalkan kesan.
|
Kalau
tiada rotan akar pun berguna
|
Sesuatu
perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa
yang ada.
|
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya
|
Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak
berusaha.
|
Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok
bergoyang
|
Kalau
terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
|
Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
|
Orang besar yang merendahkan diri tidak akan
jatuh martabatnya.
|
Yang dikejar tak dapat yang dikendong
berciciran
|
Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga
menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki.
|
Air yang dingin juga yang dapat memadami api
|
Perkataan yang lembut juga yang dapat
mendinginkan hati orang yang sedang marah.
|
Berkerat rotan berpatah arang
|
Putus perhubungan yang tidak dapat disambung
semula.
|
Baru hendak bertunas, sudah dipetik lama – lama
matilah pokoknya.
|
Ibarat
orang yang berniaga baru mendapat keuntungan sedikit sudah berbelanja besar,
akhirnya habislah modal.
|
Besar
pasak dari tiang
|
Berbelanja
lebih besar daripada pendapatan yang diperoleh
|
bahasa melayu
perumpamaan
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment