Sunday, January 22, 2012

motivasi diri - percaya pada diri part 2


4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.
5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh
Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan “Bean Bag” atas kepala atau berlari dengan memakai guni “Sack Race”. Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.
Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.
Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.
SUMBER: http://halaqah.net

motivasi diri - percaya pada diri part 1


Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.
Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus “menanamkan input” – saya tidak mampu – dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.
Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.
1. Hindari Mencari-Cari Alasan
Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :
- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab…
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan — apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.
2. Gunakan Daya Imajinasi
Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.
3. Jangan Takut Gagal
Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

bersambung nanti ..

sunnah yang perlu kita amalkan


Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:

1. Tahajjud
Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknyamembaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Jangan tinggalkan masjid
Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.

6. Jaga wuduk terus menerus
Allah menyayangi hamba yang berwudu’. 
Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

7. Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah


surah - surah pilihan


1. Surah_Al-Fatihah.html
2. Surah_Al-Infitar

3. Surah_Al-Mutaffifin

4. Surah_Al-Buruj

5. Surah_Al-Tariq

6. Surah_Al-Ala

6. Surah_Al-Gashiyah

Tafsir Al-Quran



Al-Faatihah

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukanpula (jalan) orang-orang yang sesat.

motivasi pelajar


Pelajar adalah golongan paling ramai yang bermasalah dalam membina rasa yakin diri.
Ramai dari kalangan pelajar merasa kurang yakin, ragu-ragu dengan kebolehan mereka kerana mereka berada dalam peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman belia seterusnya ke zaman dewasa.
Rasa kurang yakin diri pada seorang pelajar biasanya timbul dalam bentuk:
a. rasa kekecilan.
b. rasa tidak setanding dengan kawan-kawan.
c. rasa terpukul sebab tak dapat apa yang kawan-kawan dia dapat.
d. malu berdepan ramai orang, malu bercakap di depan beberapa orang.
e. takut-takut untuk bercakap, meluahkan pendapat atau menyerlahkan bakat.
f. kurang puas hati dengan fizikal – misalnya kurang tinggi berbanding kawan-kawan, kulit kurang cerah berbanding kengkawan lain, muka kurang hensem atau kurang cantik, pencapaian dalam pelajaran kurang cemerlang.
g. kurang berduit berbanding kawan-kawan.

Jika Anda seorang pelajar dan Anda kurang ada keyakinan diri,

Berikut adalah 3 tips untuk membina rasa yakin diri:

1. Kenali diri Anda, jadilah diri sendiri.
Anda tahu siapa Anda, Anda sedar mana asal Anda, terimalah diri Anda seadanya. Kalo dah ditakdirkan Anda bertubuh pendek, berkaki pendek, kurus dan bercermin mata, terimalah Tuhan dah jadikan Anda camtu.
Jika Anda ada kekurangan dari segi fizikal, pasti Anda ada kelebihan dari segi mental. Gitulah sebaliknya.
Tuhan tak akan berikan kita kekurangan melainkan dia berikan kita kekuatan. Jadi, kita kena cari kekuatan tu. Bila Anda dah jumpa, gilap dan perbaiki dari semasa ke semasa.
Lama kelamaan, penambahbaikan tu akan membuat kita menemui keyakinan yang kita tak jumpa kat tempat lain.
2.   Terima teguran, gurauan dan cercaan kawan-kawan.
Jangan respon pada kata-kata negatif, teguran negatif, gurauan sarkastik atau cercaan negatif yang ditujukan pada Anda. Diamkan diri saja, jangan balas, jangan fikir. Biarkan berlalu.
Lama-lama semua tu akan pergi sendiri, menghilang begitu saja. Rasa yakin diri akan jadi bertambah jatuh apabila Anda respon pada setiap kata-kata negatif. Jatidiri Anda akan menghilang apabila Anda selalu memikiran kata-kata negatif tu.
Emosi akan tercabar hingga membuat Anda hilang pertimbangan, lantas membuat Anda kurang selesa dengan diri Anda. Bila sudah kurang selesa dengan diri sendiri, keyakian mula luntur satu persatu.
3. Bijak memilih kawan.
Remaja suka berkawan. Tapi, kena pandai pilih kawan.
Jangan sampai gara-gara mau diterima kawan, diri sendiri terkorban. Sikap kawan boleh mempengaruhi Anda.
Banyakkan berkawan dengan rakan-rakan aktif, positif, bersikap baik, berkata yang baik-baik, yang cemerlang dan berperangai baik sebab biasanya kengkawan yang camni ada keyakinan diri. Keyakinan mereka yang Anda nampak tu akan mempengaruhi Anda.
Dari pergaulan dengan kawan yang baik-baik, Anda boleh belajar cemana untuk perbaiki diri sendiri. Kesannya lama kelamaan rasa yakin diri tu mula timbul, menambah dan terus menambah.

3 tips ni hanya tips yang asas namun amat baik untuk dipraktikkan pada peringkat permulaan Anda mahu berubah menjadi remaja berkeyakinan diri.
sumber : http://www.imotivasi.com

Monday, January 16, 2012

tips pelajar cemerlang ..



Tips Belajar oleh: Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
Tip 1
Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. 

Bertindaklah dengan cemerlang.
Tip 2
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar

 kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.
Tip 3
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir

 yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
Tip 4
Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. 

Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.
Tip 5
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu 

ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan
 daya ingatan yang luar biasa.
Tip 6
Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.
Tip 7
Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
Tip 8
Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita

 akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
Tip 9
Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. 

Kita yang perlu menyelesaikannya.
Tip 10
Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita.

 Sekadar menanti untuk diserlahkan.
Tip 11
Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa

 menghasilkan prestasi luar biasa.
Tip 12
Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang 

kehidupan anda akan cemerlang.
Tip 13
Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + 

Berterusan berubah secara positif.
Tip 14
Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
Tip 15
Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua

 kesalahan berulang kali.
Tip 16
Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai 

orang yang sayang kepadanya.
Tip 17
Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh

 ramai orang yang benci kepadanya.
Tip 18
Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya 

akan mendapat keberkatan ilmu.
Tip 19
Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh

 dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu.
Tip 20
Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda 

bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.
Tip 21
Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi 

mencuci hati dan mencerdaskan minda.
Tip 22
Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, 

sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.
Tip 23
Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kita untuk

 menjadi pelajar terbilang.
Tip 24
Jadikan diri anda sebagai ‘besi berani’ yang sentiasa menarik 

perkara positif kepada diri anda.
Tip 25
Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan

 akan mengubah dunia di sekitar anda.
Tip 26
Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat 

yang anda perlu berubah.
Tip 27
Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang 

adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.
Tip 28
Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan.
Tip 29
Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan

 kecemerlangan diri anda.
Tip 30
Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya.

 Tip 31 Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan akan
 memperbaiki hubungan kita sesama manusia.
Tip 32
Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, 

jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk
 di atas muka bumi.
Tip 33
Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada

 kita dan membawa kebaikan secara langsung 
ataupun secara tidak langsung.
Tip 34
Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. 

Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah.
Tip 35
Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin

 menjadi pelajar yang cemerlang.
Tip 36
Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan 

dan bersedia dibantu.
Tip 37
Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan

 sentiasa ceria dan bersemangat.
Tip 38
Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, 

hebat dan dapat membakar semangatnya.
Tip 39
Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik 

pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar.
Tip 40
Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri.
Tip 41
Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga

 kesihatan fizikal dan mental.
Tip 42
Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran

 yang cerdas dan memori yang tajam.
Tip 43
Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang 

dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan
 yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.
Tip 44
Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar

 muzik semasa belajar.
Tip 45
Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan

 dan menghakis keberkatan ilmu.
Tip 46
Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.
Tip 47
Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar

 peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar
 menggunakan peta minda.
Tip 48
Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya 

sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.
Tip 49
Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. 

Tetapi orang tersenyum pasti gembira.
Tip 50
Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul 

terasa silap dan yang silap terasa betul.
Tip 51
Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan

 untuk menjadi orang cemerlang.
Tip 52
Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. 

Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.
Tip 53
Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna

 dan masih boleh diperbaiki.
Tip 54
Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda

 peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif.
Tip 55
Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif.
Tip 56
Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan

 positif walaupun kecil, hari ini juga.
Tip 57
Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh 

kehidupannya sepanjang hayat.
Tip 58
Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita.
Tip 59
Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah

 hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini.
Tip 60
Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang

 gagal tidak suka lakukan.
Tip 61
Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda 

semakin bijaksana.

* Petikan dari buku : Tips Pelajar Cemerlang Oleh 
Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah